Terkini di Galeri farida

Profile

SEJARAH SELENDANG 


Pemakaian tudung dan selendang di kalangan wanita masa kini semakin hari semakin kreatif, lebih-lebih lagi dengan rekaan-rekaan yang menarik dan bervariasi. Bukan saja di kalangan remaja bersekolah, pemakaian tudung jelas bertambah meluas di kalangan suri rumah, golongan profesional, selebriti, tokoh pemimpin, dan sehinggalah kepada kerabat diraja. Seperti pakaian, gaya bertudung juga berubah mengikut musim dan cara pemakaiannya semakin kreatif. Selendang panjang sebenarnya sudah lama menjadi amalan pemakaian wanita Arab yang tidak menggunakan sebarang pin atau kerongsang. Sebaliknya selendang akan dililit dan bahagian hujungnya diselitkan dibawah dagu supaya kemas. Jika diperhatikan gaya pemakaian tudung berbeza antara satu negara dengan satu negara lain. Malah di negara jiran seperti Indonesia, wanita bertudung mempunyai haya berlainan daripada gaya pemakaian di Malaysia. Penggayaan tudung wanita biasanya mengikut kesesuaian cuaca dan pengaruh sekeliling. Jika wanita Timur Tengah sering berjubah hitam dan bertudung labuh, gadis remaja di negara Asia termasuk Malaysia lebih gemar kelihatan ranggi. Di Thailand dan Indonesia, wanita bertudung lebih tertarik menggunakan fabrik berkilauan. Gaya pemakaiannya lebih singkat dan dipermudahkan dengan potongan skaf yang siap dijahit. Di India pula, selendang daripada kain kapas dan sari menjadi pilihan. Bagi wanita Arab moden yang datang dari keluarga mewah, fesyen tudung labuh serba hitam biasanya dipadankan dengan aksesori tambahan yang mahal dan berjenama. Sekalipun bukan untuk tontonan umum, mereka tetap memilih barangan berjenama kerana berkemampuan selain untuk kepuasan diri sendiri.

Borong Murah!

Ukuran Baju

Search

Popular Products