Terkini di Galeri farida

TIPS DAN INFO FARIDA

KENALI BENTUK WAJAH

Setiap orang mempunyai bentuk wajah yang berbeza-beza. Pemakaian selendang yang kurang sesuai untuk menampakkan wajah anda kelihatan lebih matang, berisi dan tidak akan sama dengan orang lain. Tutup kelemahan pada wajah anda dengan gaya selendang yang betul.
Namun anda perlu ingat, tidak ada bentuk wajah yang tidak sesuai memakai selendang. Dengan sedikit ilmu dan kreativiti, keanggunan akan menyerlah setiap kali anda tampil di khalayak. Anda perlu menganggap tudung atau selendang sama seperti rambut yang boleh dibentuk mengikut kesesuaian bentuk muka. Anda perlu mengenali bentuk wajah bagi memastikan setiap kekurangan boleh dilindungi dengan pemakaian selendang yang sesuai.


Bentuk wajah bujur


Bertuah bagi anda yang memiliki bentuk wajah yang bujur. Anda tidak mempunyai masalah untuk menggayakan selendang kerana dengan kebijaksanaan dalam memilih selendang dan ikatan yang sesuai, akan menjadikan anda kelihatan lebih cantik dan menawan.
Panduan Memakai Selendang :
jangan memilih fabrik selendang yang terlalu sarat ataupun gaya keterlaluan sehingga mencacatkan penampilan. Adalah lebih elok jika mengamalkan gaya yang sederhana bagi menyerlahkan lagi kelebihan yang anda miliki.


Bentuk Wajah Petak


Ciri-ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar diantara pelipis dan di antara pangkal rahang pula adalah lebih sama. Tulang rahang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.
Panduan Pemakaian Selendang :
Apabila mengenakan selendang, bahagian tulang rahang dapat disembunyikan dengan cara melipat kiri dan kanan selendang. Ini akan memastikan bentuk wajah yang petak tampak lebih bujur. Anda yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang.


Bentuk Wajah Panjang


Bentuk muka panjang ini dapat dilihat dengan jelas pada bentuk dagu panjang. Bezanya adalah bentuk kening kelihatan lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang.
Panduan Memakai Selendang :
Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit. Penggunaan anak tudung syria bersama selendang adalah disarankan kepada mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.


Bentuk Wajah Segitiga
Dagu panjang juga adalah ciri-ciri utama bentuk segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang.
Panduan Memakai Selendang :
Pakai selendang yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di leher agar bahagian rahang nampak terbuka. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga, penggunaan selendang bukanlah satu masalah. Bagaimanapun cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata. Gaya selendang yang sesuai dengan bentuk wajah inilah menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul yang lebih sesuai kerana dengan membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.


Bentuk Wajah Bulat


Bentuk wajah muka bulat dikenali dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelapis serta tulang rahang.
Panduan Memakai Selendang :
Pilihlah anak tudung yang diperbuat daripada bahan lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Bagi pemilihan selendang, anda disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan. Sanggul yang sedikit tinggi dan bentuk anak tudung runcing di tengah-tengah dahi boleh membatu melembutkan bentuk wajah. Selendang yang dipakai tidak perlu dilipat di bahagian sisi wajah dan tarik bahagian selendang yang disemat pin berdekatan dagu, bukan di leher. Dengan cara itu, bahagian rahang yang bersegi atau pipi yang berisi dapat disembunyikan.








PATTERN DAN DESIGN BAJU PENGANTIN



Cari seseorang yang boleh memberi nasihat atau mereka baju pengantin anda Anda akan bertambah berseri apabila ditambah dengan make up yang cantik dari make up artist yang anda pilih.Lihat rekaan yang bersesuaian dengan anda agar hari bahagia anda akan lebih bermakna lagi
Luangkan waktu bersama pereka pakaian pengantin anda. Kemudian pastikan anda sentiasa mengingatkan pereka pakaian anda agar sentiasa konsisten dengan jadual atau janji temu anda berdua.
Catat semua detail yang dibincangkan bersama pereka pakaian gaun pengantin anda. jangan lupa catatkan bersama perbelanjaan yang anda perlukan agar tidak menyukarkan anda kelak.
Setelah itu mulalah berkongsi idea-idea bersama pereka pakaian pengantin anda. Lihat cadangan yang diberikan oleh pereka pakaian pengantin anda. di samping itu, dalam mempertimbangkan busana terbaik untuk hari bersejarah anda, anda haruslah menitik beratkan pemilihan busana yang berkaitan dengan tema dan lokasi perkahwinan anda nanti. Anda juga dapat menambah pengetahuan atau idea-idea untuk busana perkahwinan anda melalui buku-buku atau majalah di pasaran. Di samping itu, kedai-kedai pengantin juga mampu memberi idea kreatif untuk anda mereka busana perkahwinan anda nanti.
Pilih reka bentuk yang menonjolkan kelebihan bentuk tubuhmu. Seorang professional pereka bentuk seharusnya boleh menawarkan reka bentu apa yang sesuai untuk pelanggannya. Tentunya anda berpuas hati dengan reka bentuk buatannya. Jika dipadukan dengan make up professional akan menambah kecantikan anda.



KETAHUI JENIS DAN FABRIK SELENDANG - PART 1

Tidak memadai sekadar cantik & tahu menggayakan selendang. Perkara utama yang perlu anda ketahui ialah jenis fabrik selendang yang digayakan. Pemilihan fabrik selendang yang sesuai akan melengkapkan penampilan anda daripada hujung rambut hingga hujung kaki. Pemilihan selendang yang betul juga membuatkan anda lebih selesa dan yakin.

Pemilihan Fabrik
Pemilihan fabrik selendang tidak sesuai akan menjejaskan keseimbangan penampilan. Kepala anda akan kelihatan besar & tidak seimbang dgn bentuk badan. Pentingnya memilih jenis dan fabrik selendang adalah sama penting seperti anda memilih pakaian. Anda perlu tahu apakah jenis fabrik yang sesuai digayakan?
Jenis fabrik ini bergantung kepada tujuan anda memakainya samada utk ke majlis rasmi atau tidak, ke pejabat atau utk bersantai. Setiap tujuan ini memerlukan pemilihan fabrik yang berlainan. Fabrik yang digunakan utk selendang adalah jenis yang melekap pada rambut. Antara fabrik selendang yang sesuai ialah:

Kapas : Fabrik kapas sangat selesa kerana seratnya lebar, mempunyai pengudaraan di kepala & dapat mengelakkan daripada sakit kepala terutama apabila cuaca panas. Fabrik ini menyerap peluh, selesa dipakai & baik utk kesihatan rambut. Fabrik kapas sangat sesuai bagi anda yang sering melakukan tugasan di luar pejabat. Selain itu, fabrik ini juga mudah melekap pada rambut & menambahkan keyakinan anda utk menggayakan selendang. Tahan lama, lembut, sejuk, menyerap, selesa dan cantik merupakan antara beberapa kualiti yang dapat diperkatakan mengenai kain kapas yang menjadikannya begitu popular.
Sifon : Sifon merupakan pilihan fabrik yang lembut, beralun dan ringan. Hal ini memberikan keselesaan berpanjangan kerana fabriknya sejuk. Walaupun dililit dua kali pada bahagian kepala, penampilan masih nampak cantik & kemas kerana fabriknya yang nipis & ringan. Bagi memastikan selesa ketika menggayakannya, anda digalakkan memakai anak tudung daripada fabrik kapas atau lycra. Anda juga boleh memilih fabrik sifon yang berat kerana akan tampak jatuh & cantik apabila dililit.
Jersey : Fabrik jersey terkenal utk selendang kerana sifatnya yang memberi keselesaan dan lembut beralun. Fabrik jenis ini sesuai utk anda yg besar di bahagian atas kerana alunan fabrik ini menyembunyikan bahagian tersembunyi yang enggan didedahkan. Fabrik ini juga memberikan keselesaan kepada pemakainya.
Lycra : Walaupun kelihatan tebal, fabrik ini menyerap peluh malah fabriknya yang berat akan menjadi cantik. Ini menjadikan pemakaiannya lebih kemas. Tudung lycra tidak perlu digosok selalu kerana fabrik ini tahan kedut.








KETAHUI JENIS DAN FABRIK SELENDANG - PART 2
Antara pilihan fabrik selendang yang lain adalah seperti berikut:

Mortada = Tekstur fabriknya adalah berkedut-kedut secara halus, kesat dan mudah pakai. Selendang daripada fabrik ini tidak melekap pada dahi, jadi ini memudahkan pemakai utk membentuknya, tidak sukar untuk menggosok dan mudah dijaga.
Georgette = Tekstur fabriknya kesat, mudah dipakai dan dibentuk serta senang dijaga. Ia antara fabrik yang menjadi pilihan kerana senang dibentuk seperti tudung empat segi.
Sifon Georgette = Kebanyakan selendang daripada fabrik ini berwarna polos tanpa corak. Fabrik selendang ini juga lebih ringan, lembut dan mudah dibentuk.
Campuran Viscose dan Sutera = Lebih ringan, lembut dan mudah dibentuk




TIPS PEMILIHAN PAKAIAN UNTUK WANITA BERTUBUH BESAR

Sering kali produk busana stylish dan trendy hanya tersedia untuk wanita bertubuh langsing namun ada banyak wanita bertubuh besar di luar sana yang juga ingin penampilan diri nampak trendy dan stylish dengan gaya busana terkini. Tambahan pula, jika mengikuti program pelangsingan bukan satu penyelesaian kerana hasil tidak diperlolehi dengan kadar yg cepat. So, ini salah satu cara untuk mereka yg bertubuh besar untuk tampil bergaya dan menggunakan pilihan busana yang tepat:

Pilihlah corak pakaian yang agak gelap seperti warna hitam sehingga mampu menyamarkan bentuk tubuh anda.
Pilihlah pakaian yang sedikit longgar sehingga mampu mengimbangi perut anda.
Jika pakaian anda memiliki motif berjalur, lebih baik anda memilih motif jalur vertikal sehingga memiliki kesan yang memanjang dan bukan melebar.
Blazers dan jaket adalah pilihan bijak dalam menutupi kekurangan anda pada bahagian perut.
Hindari seluar memiliki bahagian bawah yang mengecil atau street seperti trend seluar pencil.

So, bertubuh besar atau berat badan berlebih bukan masalah dalam tampak anggun, sopan & bergaya cuma yang penting ANDA TETAP PERCAYA & YAKIN PADA DIRI SENDIRI

Borong Murah!

Ukuran Baju

Search

Popular Products